BONGGOL JALAN YANG MENYAKITKAN


Kehadiran bonggol jalan di kawasan jalan kampung, kawasan perumahan sesak atau kawasan sekolah adalah sangat berkesan untuk mengelakkan pemandu laju yang tak berhati perut bagi memastikan keselamatan pejalan kaki dan penduduk sekitar. 

Namun pembuatan bonggol ini harus ada piawaiannya kerana jika tidak, banyak pemandu yang berhemat turut menjadi mangsa bonggol bikinan sendiri ini. 

Pengalaman melalui sebatang jalan kampung dengan bonggol buatan sendiri sungguh menyerikkan lebih-lebih lagi jika kenderaan yang digunakan sudah meningkat uzur. Biasanya, bonggol buatan sendiri ini tidak lebar dan tidak di warnai. Ianya hampir tidak kelihatan walaupun pada siang hari. Apa lagi kalau di waktu malam. Oleh kerana itu, walaupun dalam keadaan perlahan, kereta boleh melonjak teruk akibat darinya dan ianya memang tidak adil terutama kepada pemandu yang sebenarnya sangat berhemat dalam pemanduan.

Maka dengan itu, besarlah harapan agar pihak-pihak berkaitan dapat menyediakan piawaian/standard bonggol yang bersesuaian dan dikuatkuasakan implementasinya dengan berkesan supaya terhasil keadaan win-win atau menang-menang diantara pejalan kaki dan pemandu.

14 Jan 2011
Kota Kinabalu.

Comments