KEPINCANGAN ETIKA KERJA DALAM KERAJAAN ELEKTRONIK



Apa itu Kerajaan elektronik? Setiap meja pekerja dibekalkan dengan Komputer desktop yang canggih. Merakam kedatangan dan kepulangan pejabat dengan sistem e-jari. Canggih serba serbilah katakan. Tapi adakah ianya boleh merubah etika kerja dan cara pemikiran pekerja-pekerja tersebut? Saya seorang kakitangan Kerajaan dan saya memerhatikan banyak kepincangan berlaku disebabkan oleh kakitangan yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimana pun kecanggihan yang dibekalkan kepada mereka, sifat bengkok peribadi asal tidak berubah. Malah mereka menggunakan kecanggihan peralatan untuk mencanggihkan lagi kebengkokan mereka. Punyalah main canggih kan? Di bawah ini adalah kisah benar yang dapat saya kaitkan dengan kecanggihan-kecanggihan tersebut:-
Kisah 1:- Perakam waktu E-jari
Ini adalah kisah perakam waktu e-jari. Ada beberapa orang dalam pejabat yang merakamkan jarinya awal pagi kemudian keluar. Seharian tidak timbul-timbul. Petang bila mau hampir masa pulang baru dia muncul. Dia merakamkan waktu masuk dan keluarnya tepat pada masanya. Tetapi pada hakikatnya, dia seharian tidak berada di dalam pejabat. Buat ‘side income’ di luar. Perkara ini bukan berlaku sekali-sekala tetapi setiap hari, berbulan malah bertahun. Tetapi oleh kerana ketepatannya merakam jari masuk dan keluar, dia terlepas dari hukuman. Ada pula seorang ni yang sangat rajin berkerja tetapi tinggal jauh dan terpaksa mengharungi traffic jam setiap hari. Dia melakukan kerjanya dengan jujur dan kadang-kadang melakukannya sehingga terlebih masa tapi tidak diberi OT. Masalahnya ialah, adakalanya dia terlewat sampai ke pejabat kerana kesesakan lalulintas. Dia sudah cuba sedaya-upaya tapi ada masanya dia terlewat juga. Akhirnya dia diberi amaran dan disenaraikan dalam senarai yang akan dikenakan tindakan disiplin. Kejadian ini menimbulkan satu soalan bonus dalam fikiran saya. Apakah yang sepatutnya yang harus dicanggihkan di dalam agensi Kerajaan? Peralatan kah ataupun peribadi pekerjanya?
Kisah 2:- Komputer Desktop Yang canggih
Kerajaan tanpa kertas. Dunia tanpa sempadan. Dan serba-serbi yang canggih-canggih. Maka disediakanlah sebuah komputer meja siap dengan laluan internet kepada setiap kakitangan Kerajaan termasuk pemandu di sesetengah jabatan Kerajaan. Semakin canggih komputer mereka, semakin minta pujilah mereka. Lupa pen, lupa pemadam, lupa pembaris dll.
Untuk yang serius dan jujur melakukan kerja, ianya memang amat selesa, cepat dan efisien. Tapi bagi mereka yang bengkok fikirannya, nah apa lagi. Chatting seharian atau main game seharian dan yang lebih teruk melayari laman web lucah seharian. Ada juga yang menjadikan ruang kerjanya seperti studio muzik. Alala.. habislah.
Pada pendapat saya, bermain game, chatting dan melayari laman web bukanya tidak boleh tetapi perlu ada hadnya. Yang penting, kerja pejabat mesti disiapkan tepat pada masanya. Kalau kita kerja terus pun tension juga. Perlu ada hiburan sikit-sikit untuk menghilangkan boring. Namun diri harus dapat dikawal sepenuhnya. Jadi sekali lagi saya ingin bertanya; peralatan kah atau peribadi pekerja yang perlu di canggihkan?
Pada pendapat saya, kedua-duanya harus dicanggihkan beriringan demi untuk mendapatkan impak yang maksimum. Jika ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, sudah pasti ideology 1Malaysia dapat dicapai dengan cemerlang!

Comments