PERISTIWA DI PUSAT DIGI YANG MENGELIRUKAN



Pada 03 Februari 2011 yang lalu, saya dan isteri telah menemani anak kami ke pusat Digi Kota Kinabalu dengan tujuan untuk mengaktifkan semula simkad Digi-Easynya yang telah agak lama berehat. Di pusat inilah kami mendapat kejutan yang tak pernah terfikirkan boleh terjadi. Tak sangka yang polisi yang sedemikian rupa boleh timbul dalam kesesakan arus teknologi maklumat yang amat pesat sekarang. Terasa maruah diri telah amat diperbodoh dan diperkecilkan.

Pegawai yang bertugas memberitahu anak perempuan saya bahawa simkad Digi-Easynya sudah tidak boleh diaktifkan semula kerana telah berehat terlalu lama. Lalu anak saya memohon untuk mendapatkan Digi-Easy yang baru. ‘Tidak boleh, hanya orang Melayu yang boleh membeli dan memiliki jenis simkad ini’. Terkejut beruk anak dan isteri saya mendengar penjelasan tersebut. Pada masa itu, saya berada di dalam van kerana terlalu sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta. Kalau tidak, memang banyak soalan akan saya ajukan kepada pegawai tersebut!

Mengapa hanya orang Melayu? Kenapa bangsa lain tidak boleh? Kebanyakan orang Melayu berada di Semenanjung. Apakah motif pusat tersebut? Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya. Mungkinkah SKMM boleh beri penjelasan.

nonong67
23Mac2011
K.Kinabalu.

Comments

  1. Getting the best realtors by your side when buying a home help you get the best real estate deal. It is time to invest your savings in the best property. Find ultimate homes for sale in Barnstead, NH, and enjoy living in nature.

    ReplyDelete

Post a Comment