PENIPUAN OLEH KAKITANGAN TELEKOMUNIKASI YANG MENJENGKELKAN


Lawatan ke HQ salah satu syarikat telekomunikasi gergasi di Wawasan Plaza Karamunsing pada 03 Dis 2010 yang lalu bolehlah dianggap sebagai salah satu sejarah hitam dalam perniagaan Telekomunikasi Negara yang amat memalukan. Masaalah yang dihadapi ialah simkad yang mengalami ‘permanent block’ akibat memberikan nombor PUK yang salah sebanyak 3 kali.
Sebelum mengambil nombor, saya menerangkan kepada yang bertugas di kaunter utama tentang masalah yang dihadapi dan terus bertanyakan ongkos yang perlu dibayar jika ada. Oleh kerana kesalahan nombor PUK sebanyak 3 kali, simkad menjadi ‘permanent block’ dan harus diganti dengan yang baru. Kos penggantian Cuma rm5.00.
Namun apabila nombor dipanggil ke kaunter 3, lain pula ceritanya. Pegawai bertugas di kaunter tersebut mengatakan yang bayarannya ialah sebanyak rm10.00 (rm5 untuk simkad baru dan rm5 untuk kreditnya.) Tanpa banyak cakap, saya terus memberi jumlah yang diminta, mengambil simkad baru dan mengucapkan terima kasih. Namun fikiran dan perasaan seperti ada ketidak puasan lalu menyinggah semula di kaunter utama untuk mendapatkan kepastian. Penjaga kaunter utama itu terkejut lalu segera ke kaunter 3 meminta penjelasan. Saya melihat dari jauh pekerja yang mulai gelabah itu.
Bila penjaga kaunter tu kembali kepada saya, dia memberi tahu yang si bersalah meminta maaf kerana terlupa mengembalikan wang baki sambil menghulurkan kembali rm5 kepada saya. Saya menerima wang itu kembali dengan senyuman pada hal dalam hati sudah naik panas kerana cerita yang sebenar adalah berlainan.
Pengalaman ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada awam dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi Negara dan mudah-mudahan peristiwa jengkel ini tidak akan berulang lagi.

Sukad35
Kota Kinabalu

Comments